Gambar : Rusyaga's |
Ayat-ayat Taqwa
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ حَقَّ تُقاتِهِ
"Hai
sekalian orang yang beriman, bertaqwalah engkau semua kepada Allah dengan
sebenar-benarnya ketaqwaan." (ali-lmran: 102)
Allah
Ta'ala berfirman pula:
فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ
"Maka
bertaqwalah engkau semua kepada
Allah sekuat-kuatmu." (at-Taghabun: 16)
Ayat
ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dari ayat yang pertama.
Lagi
Allah Ta'ala berfirman:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلا
سَدِيدًا
"Hai
sekalian orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan berkatalah
dengan kata-kata yang betul - sesuai dengan apa yang sesungguhnya." (al-Ahzab:
70)
Allah
Ta'ala berfirman lagi:
وَمَنْ يَتَّقِ اللَّهَ يَجْعَلْ لَهُ مَخْرَجًا .
وَيَرْزُقْهُ مِنْ حَيْثُ لَا يَحْتَسِبُ
"Dan
barangsiapa yang bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan membuat untuknya jalan
keluar - dari
segala macam kesulitan - dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak
disangka-sangka." (at-Thalaq: 2-3)
Allah
Ta'ala berfirman pula:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِنْ تَتَّقُوا اللَّهَ يَجْعَلْ
لَكُمْ فُرْقَانًا وَيُكَفِّرْ عَنْكُمْ سَيِّئَاتِكُمْ وَيَغْفِرْ لَكُمْ
وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
"Jikalau
engkau semua bertaqwa kepada Allah, maka Allah akan menjadikan untukmu semua
pembezaan - antara
kebenaran dan kesalahan, juga menutupi kesalahan-kesalahanmu serta mengampuni
dosamu dan Allah itu memiliki keutamaan yang agung." (al-Anfal: 29)
Ayat-ayat
yang berkaitan dengan takwa sebenarnya masih banya, hanya Sebagian kecil yang
dapat kami bagikan.
Berikut Hadis-hadisnya ialah:
Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. ditanya: "Ya Rasulullah, siapakah orang yang semulia-mulianya?"
Beliau
s.a.w. bersabda: "Iaitu orang yang bertaqwa di antara engkau semua.
Orang-orang
berkata: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w, menjawab:
"Kalau begitu ialah Nabi Yusuf, ia adalah Nabiullah, putera Nabiullah dan
ini pun putera Nabiullah pula dan ini adalah putera khalilullah - kekasih Allah
yakni bahawa Nabi Yusuf itu adalah putera Nabi Ya'qub putera Nabi Ishaq putera
Nabi Ibrahim iaitu Khalilullah."
Orang-orang
berkata lagi: "Bukan ini yang kita tanyakan." Beliau s.a.w. menjawab
pula: "Jadi tentang orang-orang yang merupakan pelikan-pelikan -
pembesar-pembesar - dari bangsa Arab yang engkau semua tanyakan padaku?
Orang-orang yang merupakan pilihan di antara bangsa Arab itu di zaman
Jahiliyah, itu pula lah yang merupakan orang-orang pilihan di zaman Islam,
jikalau mereka mengerti hukum-hukum agama." (Muttafaq 'alaih)
Lafaz Faquhuu jika dibaca dengan didhammahkan qafnya adalah masyhur, tetapi ada yang mengatakan dengan mengkasrahkan qaf, lalu dibaca Faqihuu, ertinya ialah "mengerti akan hukum-hukum syara'."
Dari Abu Said al-Khudri r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya:"Sesungguhnya dunia ini manis dan menghijau - yakni lazat dan nyaman - dan sesungguhnya Allah itu menjadikan engkau semua sebagai pengganti di bumi itu, maka itu Dia akan melihat apa-apa yang engkau lakukan. Oleh kerananya, maka takutilah harta dunia dan takutilah pula tipu daya kaum wanita. Sebab sesungguhnya pertama-tama fitnah yang melanda di kalangan kaum Bani Israil adalah dalam persoalan kaum wanita." (Riwayat Muslim)
Dari Ibnu Mas'ud r.a. bahawasanya Nabi s.a.w. bersabda:"Ya Allah, sesungguhnya saya memohonkan padaMu akan petunjuk, ketaqwaan, menahan diri dari apa-apa yang tidak diperkenankan serta kekayaan hati." (Riwayat Muslim)
Dari Abu Tharif, iaitu 'Adi bin Hatim Aththa'i r.a., katanya; "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang bersumpah atas sesuatu persumpahan, kemudian ia mengetahui hal yang keadaannya lebih menjurus kepada ketaqwaan terhadap Allah daripada persumpahan yang dilakukannya tadi, maka hendaklah mendatangi - memilih -ketaqwaan itu saja." (Riwayat Muslim)
Dari Abu Umamah iaitu Shuday bin 'Ajlan al-Bahili r.a., katanya: "Saya mendengar Rasulullah s.a.w. berkhutbah dalam haji wada' - haji terakhir bagi beliau s.a.w. sebagai mohon diri, kemudian beliau s.a.w. bersabda: "Bertaqwalah kepada Allah, kerjakanlah shalat lima waktumu, lakukanlah Puasa dalam bulanmu - Ramadhan, tunaikanlah zakat harta-hartamu dan taatilah pemegang-pemegang pemerintahanmu, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga Tuhanmu."
Diriwayatkan oleh Imam
Tirmidzi dalam akhir kitab bab shalat dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis
hasan shahih.
Sumber : - Terjemah Riyadhus Shalihin
- Quran Terjemah
Post a Comment
Post a Comment